Isnin, 27 September 2010
Selasa, 11 Mei 2010
Rabu, 28 April 2010
Rabu, 14 April 2010
Bandar Bukit Besi terletak kira - kira 77 km dari Bandar Kuala Terengganu. Bermula dari sebuah kampung yang penuh dengan hutan rimba dan diliputi oleh tanah paya telah berubah selepas penemuan batu - batu yang mengandungi bijih besi oleh seorang penyelidik Jepun yang bernama Mr. Kuhara seorang ahli kajibumi yang datang ke Cemuak Ulu Dungun pada tahun 1916.
Di zaman permulaan, bijih besi diangkut dengan kereta tolak dari Bukit Besi ke Kampung Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Semenjak tahun 1927, Syarikat Kuhara Mining Company telah menjalankan kegiatan melombong bijih besi secara tidak rasmi. Ia kemudian ditukar nama kepada Nippon Mining Company ( NMC ), NMC berjaya mendapat lesen melombong daripada Kerajaan Terengganu.
Pada 13.1.1929, Kerajaan Terengganu telah mengeluarkan “ Mining Lease ” kepada ( NMC ) Nippon Mining Company ( dulu Kuhara Mining Company ) dengan keluasan 1080 ekar. Kawasan tersebut adalah pecahan daripada ML 75 iaitu ML 129, ML 130, ML 131 dan ML 132. Kawasan ini ialah kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, iaitu Tengku Abu Bakar B. Tengku Abdul Jalil. Syarikat NMC memulakan kerja - kerja perlombongan bijih besi dengan melibatkan 130 orang pekerja Jepun dan 1300 orang pekerja tempatan, kemudiannya meningkat kepada 3000 orang dalam masa yang singkat.
Selasa, 13 April 2010
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Besi adalah sebuah sekolah rendah gred A. Ia terletak di Bandar Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun, Terengganu Darul Iman. Sekolah Kebangsaan Bukit Besi dikategorikan sebagai sekolah Luar Bandar. Ia dilengkapi dengan kemudahan awam seperti sistem bekalan air paip, elektrik dan telefon.
Bandar Bukit Besi pada suatu masa dahulu terkenal ke seluruh dunia sebagai Bandar perlombongan bijih besi. Walaubagaimanapun aktiviti perlombongan itu telah ditutup pada awal tahun 1970. Bandar yang terletak di barat Bandar Dungun adalah sebuah Bandar yang distruktur semula dari bekas perlombongan bijih besi. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah dalam Wilayah Ketengah ( Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ). Ia terletak di pinggir lebuhraya Jerangau- Jabor. Bandar Bukit Besi terletak kira – kira 77 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu dan berjarak 40 kilometer dari Bandar Dungun. Melalui lebuhraya Jerangau Jabor ia sejauh 20 kilometer dari pusat pentadbiran Ketengah di Al-Muktafi Billah Shah.
Sejak ditubuhkan pada 1 Januari 1952 lagi, Sekolah Melayu Bukit Besi telah mula menitiskan ilmu kepada para anak didik dengan dikenali sebagai Sekolah Melayu Bukit Besi terletak 100 meter dari tapak sekarang. Bermula sebagai satu bangunan kayu satu tingkat. Sekolah Melayu Bukit Besi terletak di kawasan perumahan Ketengah yang berbukit, estet kelapa sawit TDM berhad, pejabat – pejabat agensi kerajaan seperti klinik kesihatan, balai polis, syarikat perkayuan dan kawasan hutan primer yang menghijau di Bukit Sri Bangun.
Pada tahun 1963 nama sekolah yang dahulunya Sekolah Melayu Bukit Besi ditukarkan kepada nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besi. Nama baru Ini dikekalkan sehingga pada hari ini.
Bangunan baru sekolah mula dibina ditapak sekarang pada 1978 ( ditapak bekas Sekolah Inggeris Bukit Besi ) dan digunapakai pada 1979. Pertambahan murid dari masa ke semasa telah menambahkan pembinaan bangunan baru pada tahun - tahun 1982, 1985, 2000, 2003 dan 2007. Pada tahun 2003 kelas Pendidikan PRA Sekolah dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ( PKBP ) telah diadakan di sekolah ini.